Salam perkongsian buat sahabat2 sekalian…..
Kali ni ana ingin berkongsi bagaimana untuk kita mendapat cinta ILLAHI. Untuk mendapat cinta ILLAHI bukan mudah, ianya merupakan perkara besar yg sukar dicari dan tidak dapat diketahui kecuali golongan2 yg brjaya mendapatkannya…….Semoga kita berada didalam golongan ini……..
Bgmana ciri2 golongn ini ye???
Mata mereka menunduk dan dgn hatinya menggigil ketakutan dgn berusaha sedaya yg mampu untuk meraih cinta ILLAHI…..Sungguh yang demikian adalah kedudukan yg paling tinggi, sebagaimana yg digambarkan dalam satu hadis qudsi yg berbunyi:
hambaKu sentiasa mendekatkan dirinya kepadaKU dgn melakukan ibadah2 sunat, hingga AKU mencintainya. Jika AKU mencintainya, maka AKU manjadi pendengarnya, yang denganya dia mendengar. Kemudian AKU akan jadi penglihatannya, yang dgnnya dia melihat. Kemudian AKU jadi tangannya yang dgnnya dia berpegang. Sekiranya dia memohon kepadaKU ,nescaya AKU akan mengabulkan permohonanya dan jika dia meminta perlindun gan dariku, maka AKU akan memberinya perlindungan…..
Hadis riwayat Bukhari….
Allah mencintai org2 yg bertaubat, krn DIA tidak suka hamba2NYA jauh drpNYA dan berpindah dari pangkuanNYA, lalu tersesat menjadi tawanan syaitan yg direjam……NAUZUBILLAH…..
Allah sangat suka jika hamba2NYA kembali kpdNYA, berdiri dihadapan pintuNYA yakni pintu taubat. Sekalipun hamba2NYA menderhakaiNYA dan tidak memenuhi hak2NYA, namun pintu ALLAH masih tetap terbuka untuk hamba2NYA……..
Jawapn pada persoaln ana td…..ciri2 hamba ALLAH yg bertaubat ialah:
1-sentiasa memerlukan ALLAH
2-kesenangan ALLAH menyambut kedatangannya
3-mengalahkan amal ibadah zahir
4-ketinggian darjat disisi ALLAH
Ayuhlah sahabat2 sementara kita masih ada peluang utk mengecapi nikmat hidup, sihat dan sbgnya, berusahalah meraih cinta ILLAHI dgn menambahkan ilmu dan amal……..Andai cinta ILLAHI kita perolehi, nescaya itu adalah kebahagiaan terbesar yg kita akan kecapi….INSYAALLAH…..Dunia hanya sementara, akhirat kekal abadi……bawalah bekalan sebanyak yg mungkin……………
wallahualam….
No comments:
Post a Comment